|
Allahyarham
Haji Othman bin Yaacub atau lebih terkenal dengan gelaran
Pak Uda bukanlah individu asing bagi masyarakat yang tinggal
di Kampung Parit Tengah, Parit Jawa dalam Daerah Muar, Johor.
Semasa hayatnya, beliau
merupakan Ketua Pakatan Kampung Parit Tengah Laut. Dilahirkan
pada tahun 1924 kira-kira lapan puluh sembilan tahun yang
lampau di sebuah kampung di Parit Bulat dan menghembuskan
nafas terakhirnya di Klang, Selangor pada pagi 03 May 2013
yang lalu.
|