Pak Uda Beriani Gam - PakUdaBerianiGam.com PakUdaBerianiGam.com
PakUdaBerianiGam.com PakUdaBerianiGam.com
PAK UDA BERIANI GAM
BIODATA PENGASAS - PAK UDA

Haji Othman bin Yaacub atau lebih terkenal dengan gelaran Pak Uda bukanlah individu asing bagi masyarakat yang tinggal di Kampung Parit Tengah, Parit Jawa dalam Daerah Muar, Johor.

Beliau merupakan Ketua Pakatan Kampung Parit Tengah Laut. Dilahirkan pada tahun 1924 kira-kira lapan puluh lima tahun yang lampau di sebuah kampung di Parit Bulat kira-kira lima kilometer dari tempat tinggalnya sekarang.

PakUdaBerianiGam.com : Pak Uda Beriani Gam Johor - Masakan Keraaian Warisan Negeri Johor - Nikmati Keaslian Warisannya
RENTETAN BENGKEL 13 FEB 2010
UCAPAN TERIMA KASEH
Assalamualaikum…………
Bengkel sesi pertama tahun 2010 serta katering telah berjalan dengan jayanya pada 13 FEB hari Sabtu dan 14 FEB 2010 hari Ahad.
Kepada En Aliff (Melaka), En Fauzi dan isteri Pn Rosanita (Pucong,selangor), Pn Siti Hajar serta suami (Pasir Gudang,Johor) dan Pn Mariana serta suami (Balakong,selangor) ribuan terima kaseh di ucapkan kerana sudi menghadiri Bengkel yg dianjurkan terutama En Aliff yang sama-sama membantu menguruskan pengangkutan ke majlis katering Pn Norul Ain Ariff dengan En Norman di Bukit Kangkar, Muar Johor.

Pihak keluarga terutama Uda, Zul, Ana, Mie serta keluarga, Pak Usu, Encu dan Noh bertungkus lumus membantu tanpa mengira waktu dari pagi hingga subuh dan Ngah yang sama-sama menjayakan majlis ini. Sokongan dan Jasa mu tak akan dilupakan…

Bagi pihak Pn Siti Norul Ain serta keluarga terima kaseh kerana memberi kepercayaan kepada Pak Uda Beriani Gam untuk menguruskan katering sempena majlis perkhawinan beliau bersama pasangannya En Norman,jika ada salah silap semasa majlis berlangsung kemaafan diminta.SELAMAT PENGANTIN BARU dan selamat berlepas ke Sibu Sarawak. Semuga bahagia hingga ke anak cucu.

Setinggi-tinggi ucapan terima kaseh kepada Tuan Hj Othman Yaacob (Pak Uda) yang menjadi Ketua Tukang Masak serta Pn Mahani isteri ku yang mejadi nadi menjayakan majlis ini, terlalu banyak pergobanan yang diberikan serta tak jemu-jemu memberi sokongan moral sehingga pejalanan majlis berjalan dengan lancar.Pengobanan mu akan diingati serta Jasa mu tidak ternilai. Sekali lagi terima kaseh diucapkan…

Akhir kata terima kasih kepada keluarga,rakan-rakan,rakan-rakan niaga,pelanggan PUBG dan warga pengurusan PUBG yang banyak membantu menjayakan majlis ini.Jasa kalian tetap dikenang.Selamat maju jaya.

WALAUPUN LETIH TAPI KEGEMBIRAAN DAN KEPUASAN JELAS TERBAYANG DIRAUT WAJAH MASING-MASING…..

BERTEMU SEMULA PADA 13 MARCH NANTI

NORAZLIN BIN MOKHTAR
Pengarah Urusan PUBG
Muar 15 Feb 2010

 
  Pak Uda Beriani Gam - PakUdaBerianiGam.com

calendar
BENGKEL & AKTIVITI
BENGKEL MEMASAK UNTUK MAJLIS KENDURI BERSAMA PAK UDA - DAFTAR SEKARANG!
Akan datang

Ucapan Terima Kasih
klik disini untuk
Bengkel 13HB FEB 2010 lalu
PHOTO GALERI
Untitled Document

APA KATA MEREKA...
PakUdaBerianiGam.com : Pak Uda Beriani Gam Johor - Masakan Keraaian Warisan Negeri Johor - Nikmati Keaslian Warisannya

Perghh bukan nak puji lebih-lebih tapi sebagai penggemar beriani korang patut cuba Pak Uda Beriani Gam. Memang terangkat! Betul-betul asli..
Daripada Mat Shah, Shah Alam

Beriani Gam Pak Uda memang dahsyat.
Rugi tak cuba.
Nasa, Kg Baru

Cara masak yang betul-betul ikut cara lama ni lah.
Rasa aku rahsia kesedapan Beriani Gam Pak Uda.
Tak rugi ikut bengkel Pak Uda.
Azlan, Pasir Gudang

Anda pernah menjamu selera hidangan Pak Uda Beriani Gam, Muar Johor. Apa kata anda kongsi komen anda bersama kami. Emailkan ke info@pakudaberianigam.com

PakUdaBerianiGam.com : Pak Uda Beriani Gam Johor - Masakan Keraaian Warisan Negeri Johor - Nikmati Keaslian Warisannya
Laman Web dibangunkan oleh Dumei Dot Com
Hak Milik Terpelihara Pak Uda Beriani Gam PUBG Catering 2010
Anda adalah Pengunjung yang ke invisible counters sejak Jan 2010
Direktori Usahawan Edisi Internet